TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM LUAR NEGARA SESI AKADEMIK 2010/201


A. TAWARAN BIASISWA

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2009 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Luar Negara Tahun Pertama 2010/2011.

Penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

Ijazah Pengajian Islam

Ijazah Perubatan


B. SYARAT ASAS PERMOHONAN

Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya satu tahun.
Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).


C. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Ijazah Pengajian Islam
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan.
Ijazah Perubatan
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A2 dalam mana-mana 6 mata pelajaran atau yang setaraf dengannya dan mata pelajaran tersebut adalah berkaitan khususnya bagi bidang perubatan.


D. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON


Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.


E. BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan di Bahagian Baitulmal MAIWP: Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik (IPT) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau layari laman web rasmi kami di www.maiwp.gov.my.


F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:

BAHAGIAN BAITULMAL,
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK (IPT)
BANGUNAN DARUZZAKAH, TINGKAT 5,
LORONG HJ. HUSSEIN 2,
OFF JALAN RAJA MUDA, 50300 KUALA LUMPUR
Sebelum @ pada 15 April 2010


G. PERHATIAN

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-26175222 Samb. 216/224/213/221 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sumber: sini

Read More......

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD
BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAHUN 2011

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai bukan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara selaras dengan hasrat Kementerian ini untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir IPTA.

PERHATIAN:
i.Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan [klik di sini]

ii. Hanya pemohon yang layak sahaja boleh membuat permohonan.
iii. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
iv. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang 'SAH HANTAR & CETAK'. Untuk tujuan KEMASKINI PERMOHONAN, permohonan adalah dianggap lengkap dikemaskini apabila pemohon menekan butang 'SIMPAN & CETAK'.
v. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2010 , jam 12.00 tengah malam.
vi. Pemohon dikehendaki mencetak 2 salinan slip permohonan online dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan dan menghantar bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap ke alamat berikut :

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
( u.p. : Unit Biasiswa )

Sumber: sini

Read More......

Tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Indonesia Bagi Pelajar Ijazah Sarjana Sesi Akademik 2010/2011


Kerajaan Republik Indonesia menawarkan biasiswa melalui Kementerian Pendidikan Nasional Republik Indonesia kepada pelajar-pelajar dari negara-negara yang menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana di universiti-universiti sekitar Indonesia.

Biasiswa dibawah Developing Countries Partnership (DCP) ini menawarkan calon-calon bagi Ijazah Sarjana untuk mengikuti pengajian di kalangan 13 universiti terpilih di Indonesia selama 3 tahun. Calon-calon dikehendaki mengikuti program persediaan dan pengenalan kepada Bahasa Indonesia untuk tahun pertama dan seterusnya mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan selama 2 tahun.

Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPTM sebelum atau pada 20 April 2010 ke alamat berikut:

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
( u.p. : Unit Biasiswa)

sumber: sini

Read More......

Mesej daripada Menteri Pengajian Tinggi

Anda, para graduan sekalian adalah produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Anda jugalah modal insan negara. KPT sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang masa hadapan anda. Justeru, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2010 adalah platform penting bagi langkah pertama anda untuk membina kerjaya.

Di K3G, anda menemui bakal majikan. Di Karnival inilah anda boleh membuat pilihan antara kelulusan, minat dan kerjaya idaman. Pakejkan keupayaan dan kehebatan anda sebaiknya dan pasarkan kebolehan diri kepada majikan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan anda.

500 majikan bakal menanti anda di K3G. 15,000 peluang pekerjaan perlu diisi. Temuilah bakal-bakal majikan dari sektor awam ke GLC, dari syarikat swasta kecil dan besar hingga ke syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.

Oleh itu, kunjungilah dan sertailah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) pada 14-16 Mei 2010 di PWTC. Pilihlah masa hadapan anda di sini!


If you’re looking for the perfect method to showcase your resume and attract both local and international top companies, look no further. Grab this opportunity as fast as you can and come expecting Malaysia’s career fair this 14-16 May 2010.


The event details are as follow:
Date: 14 - 16 May 2010
Time: 10am - 6pm
Venue: PWTC (KL)
Fee: ENTRANCE IS FREE

Sumber: sini

Read More......

Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010


Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010

Sila klik butang KPLI di ruang e-Perkhidmatan KPM

semakan di buka dari 17 April 2010 hingga 30 April 2010

Sumber: sini

Read More......

Putera Mahkota Vajiralongkorn menganugerah Doktor Kehormat ke atas Naib Canselor UKM

Songkhla, Yala (Thailand). April 7.—Universiti Kebangsaan Malaysia berharap untuk bekerjasama dengan rakan-rakan akademik di Thailand, terutama di selatan Thailand dan Universiti Rajabhat Yala melalui jalinan pelbagai kepakaran, hasil kajian dan sumber-sumber lain dalam khidmat masyarakat.

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin, berkata hari ini bahawa kerjasama ini bukan saja bagi kemajuan sosial dan ekonomi tetapi juga bagi perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli kedua-dua negara.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah, yang berada di sini untuk menerima Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Pendidikan dari Yala Rajabhat Universiti esok menyatakan demikian dalam sidang akhbar bahawa penganugerahan itu bukan saja satu penghormatan kepadanya tetapi juga kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diberikan mandat untuk mempromosi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengetahuan saintifik.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata UKM berbesar hati untuk bekerjasama dan berkongsi pengalaman-pengalamannya dalam sesetengah bidang tertentu yang besar ertinya kepada Universiti Rajabhat. Beliau memberi contoh pembangunan modal insan, bermula dari muda lagi sebagai salah satu bidang berkenaan.

UKM terlibat dengan meluas dalam program Setiap Anak Permata Negara yang dipelopori isteri Perdana Menteri dalam memupuk nilai diri kanak-kanak dari kecil lagi untuk menjadi rakyat berguna dan pemimpin masa depan. Program ini menyediakan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti sebagai permulaan baik dalam hidup kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mereka mendapat. Rancangan itu setakat ini telah mewujudkan beratus-ratus buah pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara, kata beliau.

UKM telah diberikan tanggungjawab memulakan satu perkhemahan untuk kanak-kanak yang cerdik dan berbakat (Permata Pintar) demi menyediakan peluang-peluang pendidikan di mana anak-anak berkenaan dicabar ke tahap potensi maksimum mereka. Program ini memperakui bahawa kanak-kanak cerdik ini memerlukan pembelajaran dan cara pendidikan khusus. Sebuah sekolah untuk kanak-kanak pintar cergas berusia lebih 16 tahun sedang dibina di kampus UKM dan akan mengambil kumpulan pertama 150 murid pada Januari 2011.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata UKM juga sedang menjalankan satu lagi program kebangsaan untuk belia yang menghadapi risiko (Perkasa Remaja). Program ini terbit hasil daripada kajian UKM mengenai masalah sosial belia-belia termasuk pelajar tercicir, mereka yang melepak dan kalangan yang menunggang motosikal secara berbahaya (Mat Rempit). Program ini termasuklah satu projek kemasyarakatan di mana belia-belia dan keluarga mereka bekerja rapat dengan pelajar univerisiti untuk memupuk wawasan lebih baik dalam kehidupan dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi rakyat yang produktif.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata Institut Kajian Etnik UKM (KITA) juga memainkan peranan penting dalam memberi idea, kerangka konsep dan keperluan bagi memantau keharmonian dalam hubungan antara etnik sejajar konsep 1Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.
UKM adalah sebuah daripada empat universiti penyelidikan dipilih oleh kerajaan yang terlibat dalam pelbagai kegiatan kajian sejak 40 tahun lalu. Ia kini sedang mengukuhkan perkhidmatan-perkhidmatan penyelidikan dan pendidikannya demi mencapai kecemerlangan sebagai penyumbang penting kepada kemajuan pengetahuan di peringkat nasional dan global.

Beliau berkata ia akan memberikan fokus kepada lapan bidang penumpuan pengkajian : Cabaran Membina Negara Bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Teknologi Kesihatan dan Perubatan, Tenaga Keterbaharuan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan Termaju, Kepelbagaian Biologi Dalam Pembangunan Bioteknologi dan Informatik Isian.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata beliau berazam untuk membawa UKM ke tahap lebih tinggi dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan beliau di peringkat antarabangsa dalam memajukan pengetahuan dan meraih faedah-faedah demi kemajuan masyarakat.

Konsep itu mengiktiraf perpaduan rakyat sambil menghargai kepelbagaian sebagai satu asset penting dalam mencapai matlamat bersama demi keamanan, harmoni dan pembangunan negara. Beliau mencadangkan ini sebagai satu lagi bidang berpotensi untuk kerjasama antara UKM dengan Universiti Rajabhat.

Satu lagi bidang kekuatan UKM adalah kewujudan banyak institusi kajian, fakulti dan pusat-pusat yang mempromosi pembangunan mapan. Beliau berkata UKM amat mementingkan penggabungan pelbagai displin dalam kajiannya demi pembangunan sosio-ekonomi masyarakat tempatan.

Langkawi Geo-Park adalah satu contoh bagaimana penyelidikan boleh memberi sumbangan kepada penganugerahan UNESCO Global Geopark pertama di Asia Tenggara, justeru membawa bersama-samanya daya tarikan sebagai destinasi ekopelancongan yang mapan. Tasik Cini, tasik kedua terbesar di daratan dikelilingi tanah paya juga dianugerahkan status Kawasan Simpanan Hispera-Bio UNESCO pada tahun 2009 dengan sumbangan kajian 15 tahun oleh UKM.

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah berkata kedua-dua universiti boleh saling mempelajari pelbagai perkara di antara satu sama lain dan berharap lebih banyak program pertukaran pelajar dan kakitangan dijalin demi merapatkan lagi hubungan Malaysia dengan Thailand.

Beliau juga menekankan bahwa hubungan beliau dengan selatan Thailand bermula daripada sejak moyang sebelah ibu beliau yang berhijrah dari Maghribi untuk menetap di Satun/Setul di mana beliau mengahwini gadis tempatan Halimah. Mereka kemudian berpindah ke Kedah di mana susun galur keturunan keluarga ibunya bermula. Beliau bersyukur beliau kini mendapat peluang untuk memperbaharui hubungan itu melalui pertalian UKM dengan Universiti Rajabhat.

Sumber: sini

Read More......
 
©2009 :: Laman Pendidikan :: | by TNB